SYAHID SELEPAS MENGUCAPKANSYAHADAH

   No comments     
categories: 
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w.
sedang bersiap di medan perang
Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak
terduga. Seorang lelaki yang bernama
Amar bin Thabit telah datang
menemui Baginda s.a.w. . Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut
perang bersama Rasulullah s.a.w.
Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah
Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah
menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan.
Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan
mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun
mengetahui bagaimana keanehan
Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing
sendirian, hatinya sudah tertutup
untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat
orang bersiap-siap akan maju ke
medan perang, dia segera menemui
Rasulullah s.a.w. , menyatakan
dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan
perang di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut
dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut
kedatangan Amar dengan sangat
gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w. .
Tetapi orang ramai tidak mengetahui
peristiwa aneh ini, kerana masing-
masing sibuk menyiapkan bekalan
peperangan. Di kalangan kaumnya
juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan
peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan
keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya.
Bahkan
dia terus maju sampai saatnya dia
jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?"
Demikian tanya orang yang hairan
melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini
masih belum Islam lalau mengikut
sahaja pada orang ramai. Dalam
keadaan antara hidup dan mati itu
Amar lalu berkata, "Aku sudah
beriman kepada Allah s.w.t. dan
Rasul- Nya , lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah
s.w.t. akan memberikan syahidah
padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya
mengadap ke hadrat Illahi sebagai
pahlawan syahid. Waktu hal ini
diketahui Rasulullah s.a.w. , maka
Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun
mengetahui akhir hayat Amar dengan
penuh takjub, sebab di luar dugaan
mereka. Malah Abu Hurairah r.a
sahabat yang banyak mengetahui
hadith Rasulullah s.a.w. berkata
kaum Muslimin, "Cuba kamu
kemukakan kepadaku seorang yang
masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun juga terhadap
Allah s.w.t. ."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata
Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun
menyambung, ujarnya, "Maka baiklah
aku beritahukan, itulah dia Amar bin
Thabit." Demikianlah kisah seorang
yang ajaib, masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa
dan lain-lainnya seperti para sahabat
yang lain, sebab dia belum memeluk
Islam. Tiba-tiba melihat persiapan
yang hebat itu, hatinya tergerak
memeluk Islam sehingga ia menemui
Rasulullah s.a.w. . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah yaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah
tempat bagi orang yang memiliki
julukan syahid. Rasulullah s.a.w.
menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA
Tingkatan dan nama-nama syurga
ialah :-
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah
MENAHAN LAPAR SEMALAMAN
KERANA MENGHORMATI TETAMU
Seorang telah datang menemui
Rasulullah s.a.w. dan telah
menceritakan kepada Baginda s.a.w.
tentang kelaparan yang dialami
olehnya. Kebetulan pada ketika itu
Baginda s.a.w. tidak mempunyai
suatu apa makanan pun pada diri
Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya
sendiri untuk diberikan kepada orang
itu. Baginda s.a.w. kemudian
bertanya kepada para
sahabat,"Adakah sesiapa di antara
kamu yang sanggup melayani orang
ini sebagai tetamunya pada malam ini
bagi pihak aku?" Seorang dari kaum
Ansar telah menyahut, "Wahai
Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup
melakukan seperti kehendak tuan
itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa
orang tadi ke rumahnya dan
menerangkan pula kepada isterinya
seraya berkata, "Lihatlah bahawa
orang ini ialah tetamu Rasulullah
s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan
sebaik-baik layanan mengikut segala
kesanggupan yang ada pada diri kita
dan semasa melakukan demikian
janganlah kita tinggalkan sesuatu
makanan pun yang ada di rumah
kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi
Allah ! Sebenarnya daku tidak ada
menyimpan sebarang makanan pun,
yang ada cuma sedikit, itu hanya
mencukupi untuk makanan anak-anak
kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau
begitu engkau tidurkanlah mereka
dahulu (anak-anaknya) tanpa
memberi makanan kepada mereka.
Apabila saya duduk berbual-bual
dengan tetamu ini di samping jamuan
makan yang sedikit ini, dan apabila
kami mulai makan engkau padamlah
lampu itu, sambil berpura-pura
hendak membetulkannya kembali
supaya tetamu itu tidakk akan ketahui
bahawa saya tidak makan bersama-
samanya." Rancangan itu telah
berjalan dengan lancarnya dan
seluruh keluarga tersebut termasuk
kanak-kanak itu sendiri terpaksa
menahan lapar semata-mata untuk
membolehkan tetamu itu makan
sehingga berasa kenyang. Berikutan
dengan peristiwa itu, Allah s.w.t.
telah berfirman yang bermaksud,
"Dan mereka mengutamakan
(orang-orang Muhajirin) atas diri
mereka sendiri, sekalipun mereka
berada dalam kesusahan." (Al-
Hasy : 9)
Sumber :tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm

0 komentar:

Post a Comment